Monday 17 March 2014

Pentingnya DIET tanpa BERLAPAR



" Oh tidakkkkk..!!!! Berat badan naik lagi.. Macamana ni puas dah bersenam dan berdiet tapi malangnya masih ada lemak yang susah hendak terbakar dan dihapuskan."

Ermmm, jangan cepat mengeluh dan jangan berputus asa yea.

Cuba kita kaji dan perhatikan dahulu :

  • Bagaimana pola pemakanan kita selama ini? 
  • Adakah diet kita itu dari kategori diet yang sihat dan seimbang? 
  • Adakah anda terdiri daripada keturunan atau gen yang gemuk?
  • Bagaimana pula dengan gaya kehidupan kita?

Meinginkan bentuk badan yang cantik,kurus dan sihat bukan lah mudah tetapi bukan sampai menyakitkan anda. Anda hanya perlu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat dan seimbang. Sekiranya anda telah berdiet. Bagaimanakah cara anda berdiet? Adakah anda selalu skip sarapan, selalu berlapar, selalu mengambil makanan ringan atau sering rasa tertekan (stress)?

Memiliki bentuk badan yang diidamkan, anda perlu makan makanan yang seimbang dan jangan sesekali membiarkan perut anda berada dalam keadaan kelaparan. Ini kerana perut yang lapar mendorong anda untuk mengambil kuantiti makanan yang banyak dan menyebabkan lemak lebih banyak terkumpul. Anda perlu/wajib mengambil sarapan pagi yang ringkas untuk memberi tenaga dalam memulakan kerja rutin harian, anda perlu makan tengahari dengan makanan yang mengandungi protien atau mengantikan makan tengahari anda dengan susu atau snek yang berasaskan protien dan wajib makan malam untuk mengelakkan perut berasa lapar diwaktu tengah malam. Ini kerana perut yang lapar tanpa diisi dengan sebarang makanan akan menyebabkan anda mengalami penyakit gastrik dan menyebabkan otot anda mengecut.

Fungsi otot adalah untuk membantu pembakaran lemak di badan anda dengan lebih cepat. Untuk membina otot-otot ini anda perlu mengambil makanan yang berasaskan protien seperti ayam,daging,ikan dan telur. Sekiranya anda selalu skip makan dan jarang mengambil protien dalam diet seharian anda. Ini menyebabkan otot-otot anda semakin mengecut dan sekiranya anda mengambil kuantiti makanan yang berlebihan mengakibatkan makanan anda tidak mampu dibakar dan ia bertukar menjadi lemak. Oleh itu jangan sesekali anda melewatkan waktu makan dan amalkan diet yang seimbang.

“ Saya dah ambil suplement menurunkan berat badan? Tapi masih gemuk lagi.”

Anda kena tahu yea suplement hanya membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak. Selebihnya anda perlu mengawal cara pemakanan dan emosi anda. Jiwa yang tertekan dan stress juga mengakibatkan tahap metabolisme menjadi perlahan dan menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat dan mendorong anda untuk mengambil makanan mengandungi kalori  dan lemak yang tinggi. Tiada gunanya anda mengambil suplement mahal dan hebat khasiatnya tetapi anda masih tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang ditambah dengan ganguan emosi yang tidak stabil. Jadi untuk menurunkan berat badan anda wajib mengamalkan gaya hidup yang sihat dan selalu berfikiran positif. Elak kan stress.

Pada anda yang ingin menurunkan berat badan dan memiliki bentuk badan yang cantik dan sihat. Anda disarankan jangan mudah berputus asa dan jangan cepat mengeluh menyalahkan sesuatu produk.


Contoh produk pelangsingan yang HANGAT di pasaran sekarang

Jika anda inginkan suplement yang berasaskan tumbuh-tumbuhan yang semulajadi, selamat dan halal. Anda boleh mencuba Set Pelangsingan SHAKLEE yang bukan sahaja membantu menurunkan berat badan malah membakar kolesterol yang berada di jantung anda dan selamat. Di jamin HALAL.



Untuk maklumat lanjut berkaitan Set Pelangsingan Shaklee ini. Anda boleh refer di SINI  yea.