Saturday 18 May 2013

Apakah Sebab Ibu Tidak Menyusukan Bayi?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...


Hari ini saya nak kongsi cerita mengapa seorang ibu tidak mahu menyusukan bayi. Bagi perasaan seorang
ibu yang melihat si kecil comel menyusu sambil jari jemarinya yang kecil meraba-raba badan ibunya malah ada yang mengusapkan pipi ibu. Pasti hati seorang ibu bahagia melihat kaletah si kecil. Tetapi tidak semua ibu berpeluang menikmati saat ini kerana terpaksa menghentikan penyusuan susu ibu.

Apakah Sebab Ibu Tdak Mahu Menyusukan Bayi?

Kurang Ilmu Pengetahuan

Seawal kehamilan ibu perlu menimba ilmu pengetahuan berkaitan penyusuan ibu. Fahami dan pelajari bagaimana susu dihasilkan, kronolgi dan kemunginan situasi yang tidak dijangkakan yang akan berlaku. Contohnya susu yang keluar pada minggu pertama dikenali sebagai KOLOSTRUM. Ia tidak sebanyak susu matang. Walau pun sedikit, ia pekat dan likat serta penuh dengan khasiat.

Kekurangan Sokongan


Bagi ibu yang baru melahirkan, pasti perlu menjalani proses rawatan selepas bersalin. Jadi ibu pasti mengalami batasan untuk melakukan aktiviti biasa. Ini pasti mengganggu emosi dan mnyebabkan si ibu tertekan. Jadi sokongan orang ke-3 iaitu suami harus berbincang dan sepakat untuk membantu dan membuat keputusan untuk memberikan penyusuan ibu sepenuhnya. Ibu bapa juga harus menghadiri kelas penyusuan bagi mendapatkan pemahaman maksimum mengenai penyusuan susu ibu.

Penat dan Stress

Bagi ibu yang menyusukan bayi memerlukan rehat yang secukupnya untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti. Hormon oksitosin yang terhasil membantu pengeluaran susu ibu. Ibu yang sedang berpantang, kepelbagaian posisi penyusuan banyak membantu ibu mendapatkan rehat yang cukup. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan rehat dan pada yang sama mengelakkan tekanan ketika mengepam payudara.




Khuatir Anak Tidak Cukup Susu


Sinonim bila bayi menangis pasti dikaitkan " tidak cukup susu". Risau bayi terhidrat dan tidak sanggup mendengar tangisan bayi membuatkan anda memberikannya susu formula. Bayi menangis bukan kerana lapar semata-mata tetapi perbezaan suasana di dalam rahim dengan dunia luar juga antara faktor bayi menangis. Ada juaga menangis kerana tidak selesa, ingin dibendung atau lampinnya basah. Ibu perlu belajar mengenali tangisan bayi.

Hamil

Ibu boleh terus menyusukan bayi jika kesihatan diri dan bayi mengizinkan. Hormon oksitosin yang hadir semasa proses penyusuan menyebabkan rahim mengecut. Walaubagaimanapun pengecutan ini tidak memudaratkan. Ibu bole meneruskan penyusuan namun perlu mendapatkan nasihat doktor untuk memeriksa keadaan si ibu dan si bayi di dalam kandungan.













No comments:

Post a Comment