Sunday 8 December 2013

Vitamin untuk orang sakit ATAU untuk orang sihat?

Assalamuallaikum dan selamat pagi semua.

Hari ni saya nak sharing my experience about vitamin story. Ohkeyy. Citer dia camni setahun yang lalu saya ada kenal seorang pakcik ni. Pakcik ni memang mempunyai kesihatan yang baik, sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik almaklum ler minat pakcik ni suka berkebun dan berbasikal sekeliling kampung. So memang sihat ler dia yea. Yang saya pulak penjual produk kesihatan Shaklee ni kan. So ada jugak saya syorkan pada pakcik ni Set kesihatan yang sesuai utk dia. Tetapi seperti biasa lah. Manusia akan beringat bile sesuatu dah terkena pada diri sendiri. Pakcik ni menolak produk Shaklee ni dengan baik atas alasan tidak perlu sebarang ubat kerana dia masih sihat. Tetapi selepas 9 bulan berlalu, saya terserempak kembali dengan pakcik tersebut di sebuah pekan dan pakcik ni bertanya kembali produk yang saya jual ni. Rupa-rupanya pakcik ni telah mengalami penyakit sakit sendi dan kencing manis akibat penyakit keturunan. Jadi saya hanya dapat menolong pakcik tersebut dengan hanya mengesyorkan suplement yang sesuai dengan penyakit dia disamping berterusan makan ubat hospital yang di syorkan oleh doktor.

Jadi u'olls nampakkan mentaliti rakyat di negara kita ini bagaimana vitamin hanya sesuai untuk orang sakit atau diambil oleh ibu-ibu hamil sahaja. Bagi orang yang merasa dirinya sihat, mereka tidak nampak bertapa pentingnya vitamin ini atau suplement tambahan untuk diri mereka. Malah ibu menyusukan bayi pun jarang mengambil vitamin kecuali jika mereka panik susu semakin berkurangan atau tidak cukup untuk bayi.


(Nutrisi Pemakanan Seimbang)

Hakikatnya menurut kata doktor pakar nutrisi iaitu Dr. Ray Stand menyatakan ada 3 cara untuk hidup sihat
optimum iaitu :- 
  • Melakukan senaman yang konsisten
  • Mengambil makanan seimbang
  • Mengambil vitamin/suplement tambahan
Kajian telah dibuat 30 tahun lalu terhadap lobak mendapati ia telah kehilangan zat sebanyak 45% berbanding 10 tahun sbelumnya. Itu 30 tahun lepas. Bayangkan sekarang? Ditambah pula sekarang ini kebanyakan produk makanan adalah terdiri dari GMO (Genetically Modified Organism) di mana kandungan genetiknya diubah untuk mempercepatkan proses matang, saiz lebih besar, buah yang lebih lebat atau isi yang lebih tebal. Malah produk ternakan juga disuntik hormon supaya lebih cepat matang dan lebih besar. So bayangkan kesemua bahan kimia / hormon itu masuk ke dalam badan kita melalui makanan harian kita.

Jadi benarkan vitamin untuk orang sakit sahaja? Ini pendapat saya :-
  • Jika vitamin untuk orang sakit, kenapa ramai orang sihat tetap rasa letih dan lesu setiap hari?
  • Jika vitamin untuk orang sakit, kenapa ramai orang sihat tetap mengalami masalah kemurungan atau stress?
  • Jika vitamin untuk orang sakit, kenapa ramai orang sihat tetap mengalami masalah obesiti atau berat badan tidak normal atau paras kolesterol tinggi?
  • Jika vitamin untuk orang sakit, kenapa ramai kajian KKM menunjukkan pertambahan 2x ganda pesakit diabetis yang tidak mengetahui mereka menghidapai diabetis?
  • Jika vitamin untuk orang sakit, kenapa kadar kematian akibat jantung dan strok secara tiba-tiba meningkat?

Jika difikir-fikirkan dan direnung kembali. Semua menunjukan vitamin bukan sahaja untuk orang sakit tapi ia untuk merendahkan peluang untuk kita sakit dan mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Jadi bagi anda yang mahu mula mengamalkan vitamin untuk meningkatkan tahap kesihatan badan yang baik, apa vitamin yang anda perlukan?

Sebelum itu saya ingin terangkan dahulu keperluan Vitamin atau Mineral yang diperlukan oleh anggota badan kita ini. 

Badan kita mempunyai banyak anggota badan kan? Sel anggota badan kita pula adalah terdiri daripada pelbagai jenis protien yang bergabung dan berfungsi secara serentak. Jika anggota badan kita lengkap, badan kita juga akan sempurna. Maka jika protien cukup, sel kita juga akan sempurna. Setiap protien terbina dari gabungan beberapa asid amino yang berbeza. Ada 22 jenis asid amino untuk membina pelbagai jenis protien tetapi hanya 13 yang boleh dihasilkan oleh badan kita. Baki 9 jenis asid amino lagi kita perlukan daripada pemakanan harian.

Ingat lah bahan asas seluruh sistem badan manusia adalah sel. Jadi seperti mana manusia perlukan makanan, sel juga perlukan makanannya iaitu 27 jenis kombinasi vitamin dan mineral. Kita perlu berlindung dari elemen luar seperti sejuk, panas, habuk dan sebagainya dengan menggunakan pakaian kita sebgai perisai kan? Jadi sel kita juga memerlukan perisainya untuk berlindung dari serangan pathogen dan bakteria. Perisai ini adalah Vitamin C. Jadi kita memerlukan asid amino, 27 jenis vitamin dan mineral serta vitamin C untuk kekal aktif dan sihat. 

Wah, banyak nya perlu makan? Macam mana nak pastikan diet harian kita lengkap dengan semua tu? Ada tak cara lebih mudah untuk dapatkan semua keperluan itu dengan lengkap?

Ya ada. Cara paling mudah adalah dengan mengamalkan Set Family Wellness dari Shaklee iaitu gabungan Vita Lea, B-Complex, Vitamin C dan Esp Energizing Soy Protien.


Apa kepentingan 4 jenis vitamin ini?
  • Gabungan vita Lea dan B-Complex membekalkan kesemua 27 jenis vitamin dan mineral untuk fungsi sel yang optimum.
  • Vitamin C bersifat 'pelepasan masa' yang membekalkan 500mg vitamin C sedikit demi sedikit sepanjang hari untuk perlindungan 24/7.
  • ESP membekalkan kesemua 9 jenis asdi amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan
  • Gabungan 4 jenis vitamin ini meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, membuat badan lebih bertenaga, menguatkan sistem imun badan dan melindungi setiap organ badan untuk fungsi yang optimum
Kenapa mesti Shaklee? Sebab Shaklee adalah pengeluar multivitamin pertama di dunia dan syarikat nutrisi terbaik di US dan Malaysia. Malah para doktor sendiri mengakui keberkesanan Shaklee.

So apa yang anda fikirkan lagi? Adakah vitamin masih lagi untuk orang sakit?? 
Jawapannya adalah TIDAK!!! Vitamin untuk mereka yang mahu lebih sihat. Vitamin membekalkan badan dengan keperluan untuk fungsi badan yang efisien dan perlindungan yang berpanjangan dari penyakit. Bak kata pepatah "Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati".

Berminat untuk kehidupan yang lebih sihat? Atau ada masalah penyakit yang hendak diatasi? Boleh Hubungi Saya untuk konsultasi dan Diskaun Istimewa.






No comments:

Post a Comment