Saturday 13 April 2013

Apa itu Foremilk & Hindmilk ???

 Assalammuallaikum dan Salam Sejahtera...

* Anda takut susu anda cair???  
* Takut bayi anda tidak kenyang kerana susu badan yg cair???? 
Kini anda tidak perlu takut lagi. Anda hanya perlu tahu apakah itu foremilk dan hindmilk???? 

Orang tua atau zaman nenek kita dahulu selalu pesan kalau menyusukn anak biar susu dibahagian payudara kanan dahulu baru payudara kiri. Ini kerana payudara kanan mengandungi makanan buat si bayi dan payudara kiri mengandungi air. Tapi di zaman sekarang yg serba canggih ini. Sebenarnya menyusukan bayi di payudara mana pun tetap sama asalkan ibu menyusukan bayi hanya sebelah breast sahaja di setiap sesi penyusuan kerana setiap susu yang diminum oleh bayi anda mengandungi foremilk yg mengandungi kurang lemak tetapi tinggi karbohidrat dan hindmilk yg mengandungi lemak yg tinggi dan kalori yg tinggi utk memberi tenaga serta tumbesaran bayi anda.

  

Foremilk 
Foremilk adalah susu pertama yang bayi minum setiap kali bayi direct feeding dengan ibunya. Foremilk ini nampak agak cair kerana ia mengandungi air yg banyak yg berperanan utk menghilangkan dahaga. Biasanya foremilk adalah kurang kandungan lemak berbanding hindmilk.

Hindmilk 
Hindmilk adalah susu yang keluar selepas foremilk. Hindmilk adalah susu yang agak pekat dan lebih tinggi kandungan lemak dan tingi kalori dan amat penting utk memberi tenaga serta tumbesaran bayi. Hindmilk lebih menyelerakan dan ia nampak pekat dan kekuningan.

Bagaimana susu ibu terhasil?  
Apabila susu dihasilkan ia telah melepasi alveoli. Alveoli adalah sel yang menghasilkan susu. Kebanyakan lemak dalam susu akan berada dibelakang dan selebihnya susu yang kurang lemak akan berkumpul di hadapan payudara iaitu foremilk (kurang lemak) Jadi foremilk yang ada dihadapan.

Lemak sebenarnya hanya berada dibelakang payudara dan ini yang menyebabkan adanya perbezaan di antara susu di hadapan dan susu dibelakang. Kandungan lemak dalam susu akan meningkat secara beransur-ansur selepas disuapkan ke mulut bayiJika ibu mengambil selang masa yang lama untuk mengeluarkan foremilk, semakin lambatlah susu yang penuh lemak (hindmilk) akan keluar. 

Sekiranya ibu jarang mengepam susu, maka foremilk akan semakin banyak terhasil dan hindmilk akan semakin kebelakang. Setiap kali feed bayi, kebarangkalian bayi hanya kenyang dapat foremilk atau susu yang cair sahaja. Sebab itu penting untuk ibu susukan bayi pada satu breast hingga bayi sendiri yang berhenti menghisap. Jadi dapatlah bayi kita foremilk dan hindmilk. Jika bayi yang terlebih foremilk, anda boleh tengok pada najis bayi. Najis bayi jadi warna kehijauan. Bayi yang dapat hindmilk mencukupi akan kurang kembung dan najis warna kekuningan cantik.

Kenal pasti gejala ketidakseimbangan antara Foremilk dan Hindmilk?
  • Najis bayi warna kehijauan dan berbuih. Bayi akan memuntahkan susu dan kalau muntah, warna putih yang jernih.
  • Masalah kolik atau kembung perut
  • Bayi ingin kerap menyusu
  • Berat badan bayi naik secara perlahan
  • Bayi akan terkena ruam lampin sebab najis bayi berasid
  • Bayi mempunyai pergerakan usus serta-merta selepas penyusuan





No comments:

Post a Comment