Monday 15 April 2013

Kenapa Kita Memerlukan Supplemen?





  • Tubuh kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi dari makanan. Vitamin dari pemakanan tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti penuaan.
  • Buah-buahan dan sayuran mungkin tercemar. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  • Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.
  • Gangguan penyerapan zat makan di dalam tubuh berlaku akibat pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik.
  • Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafein berlebihan, lemak, kolestrol, gula dan garam telah mengurangkan simpanan mineral dan menganggu penyerapan mineral.
  • Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.
  • Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan gemar makanan segera yang tinggi kandungan MSG merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.
  • Persekitaran yang tercemar dan immunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan diri mudah dihinggapi penyakit.

No comments:

Post a Comment