Assalammuallaikum pengguna Shaklee.
Hari ini jom kita sama-sama lihat & fikirkan 10 tahun lalu, tidak ramai kaum
ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dengan memberi pelbagai alasan seperti
takut gemuk dan khuatir bentuk payudara ‘jatuh’. Ibu-ibu jarang sekali menyusukan
bayi di tempat-tempat awam dek kerana khuatir dan malu sekiranya ada mata-mata
nakal mencuri pandang saat baju diselak untuk tujuan itu.
Kini, segalanya telah banyak berubah. Ramai ibu-ibu yang mula sedar betapa pentingnya memberikan susu badan kepada bayi dan sedar akan khasiat susu ibu buat si manja comel.
Kini, segalanya telah banyak berubah. Ramai ibu-ibu yang mula sedar betapa pentingnya memberikan susu badan kepada bayi dan sedar akan khasiat susu ibu buat si manja comel.
Jika
dulu, ibu yang baru melahirkan bayi hanya memberikan susu badan dalam tempoh
berpantang dan berhenti apabila mula bekerja, kini pemberian susu badan
diteruskan kerana mereka mengepam susu di pejabat bagi memastikan stok susu
mencukupi.
“Susu ibu sangat baik untuk bayi dan ia juga memberikan faedah buat si ibu serta keluarga. Susu ibu merupakan makanan terbaik dan terunggul dicipta khas untuk bayi.
“Susu ibu sangat baik untuk bayi dan ia juga memberikan faedah buat si ibu serta keluarga. Susu ibu merupakan makanan terbaik dan terunggul dicipta khas untuk bayi.
KHASIAT
SUSU IBU
Penyusuan
susu ibu perlu diberikan secara eksklusif kerana bayi akan memperoleh kebaikan
yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara
eksklusif bermaksud, bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan
pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada
bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi
berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi
berumur dua tahun.
Untuk
membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dicapai, ibu hendaklah mengamalkan
perkara-perkara seperti yang berikut :
- Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran bayi.
- Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman walaupun air masak.
- Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung pada permintaan bayi.
- Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.
- Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut
D’ Zara Home Shop hari ni ingin berkongsi bertapa
kebaikan susu ibu kepada bayi dan perbezaan susu ibu berbanding susu formula
(lembu) :
Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada ibu :
- membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
- menjarakkan kehamilan secara semulajadi
- mengurangkan risoko kanser payudara, ovary dan uterine
- mengurangkan risiko osteoporosis
- membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin
Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada bayi:
- sumber imunisasi pertama bayi
- mengurangkan masalah elergi dan masalah sistem penghadaman
- membekalkan zat-zat dan sumber nutrisi untuk bayi
No comments:
Post a Comment