Friday 3 May 2013

Panduan Memanaskan Susu Ibu

Assalammuallaikum dan salam sejahtera...

Kalau entry saya yang sebelum ini berkaitan Panduan Menyimpan Susu Ibu telah saya kongsikan bersama para ibu. Tetapi kali ini saya ingin berkongsi sekali lagi berkaitan Panduan Memanaskan Susu Ibu pulak kerana ramai yang tidak tahu bahawa susu yang dipanaskan dengan suhu melebih dari 40'C akan mengurangkan nutrien dalam susu tersebut.

Panduan Memanaskan Susu Ibu

  • Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat dan dibawa balik menggunakan 'cooler bag' yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk).
  • Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu yang beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
  • Jika susu beku sudah mencair walaupun sedikit, susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah  peti sejuk malah perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam dari masa ia mula mencair.
  • Susu perahan lebih baik disimpan bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari.
  • Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum, ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih 2 jam). Jika pada penyusuan ke dua tidak juga dihabiskan, maka susu tersebut perlu dibuang.

No comments:

Post a Comment