Friday 3 May 2013

Panduan Menyimpan Susu Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara penyimpanan susu ibu dengan betul sebab ramai ibu diluar sana masih kurang arif tentang cara penyimpanan susu ibu dengan betul tanpa menjejaskan khasiat nutrisi susu tersebut.


Cara Menyimpan Susu Ibu


 
Contoh Kuantiti Susu Disimpan


  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku.
  • Beg sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan.
  • Jangan mengunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakan susu.
  • Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
  • Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.
  • Simpan susu dalam kuantiti yang mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas. Contohnya 2-4oz sahaja setiap bekas.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan penggembangan berlaku apabila dibekukan.
  • Susu yang hendak dibekukan sebaiknya disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelu dipindahkan ke bahagian beku di peti sejuk.
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu sejuk kerana  suhu di bahagian pintu tidak stabil (keranan kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk).
  • Sebaiknya simpan susu perahan dibahagian paling atas dan paling dalam keranan suhunya lebih stabil dan malar. Jika menggunakan 'cooler bag' pastikan 'ice pack' yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.
*jika bayi anda tidak cukup bulan dan ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.


No comments:

Post a Comment