Tuesday 23 July 2013

Teknik Mengepam "POWER PUMPING"

Assalammuallaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdullillah... Syukur kepada Allah SWT kerana masih di beri peluang untuk bernafas dan di beri rezeki hingga ke hari ini. Saya berasa bertuah sebab ramai kaum-kaum ibu dah mula sedar tentang kebaikan susu ibu ini dan ramai yang datang bertanya pada saya tentang Set Penyusuan Ibu, bertanya bagaimana cara hendak mennyimpan susu ibu dan cara memanaskan susu ibu dengan betul. Hari ini saya hendak tambah lagi pengetahuan ibu-ibu sekalian berkaitan kaedah mengepam "POWER PUMPINGG".

Apakah itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tetapi ia dalam cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapakah yang memerlukan Power Pumping?
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu ibu.
  • Ibu yg ingin relaktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukannya
  • Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya. 
Teknik mengepam POWER PUMPING
  1. Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.
  2.  Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
  3. Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.
  4. Untuk Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays).
Jadual Mengepam Susu 

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu. Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, Insya Allah dipermudahkanNya.

***Lain-lainTips Merangsang Penghasilan Susu
  1. Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih baik.
  2. Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45 minit ke 1jam selepas pengambilannya.
  3. Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu memberi ransangan.
  4. Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam.
  5. Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu 'breast' untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu.
  6. Pam setiap 2 hingga 4jam sekali.
  7. Anda diminta bersabar dengan apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum lah selalu. Jangan terlalu memaksa diri. Pasti hasilnya lebih baik jika dilakukan dengan KONSISTEN.
  8. Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain.
Jom kita Lihat apa kata ibu yang mengamalkan Teknik POWER PUMPING ni :


PERHATIAN : Kepada ibu yang ingin menyimpan stock EBM harus mengamalkan pemakanan yang sihat dan perlu mengambil suplement tertentu untuk memperbanyakkan susu EBM disamping memberi khasiat kepada susu ibu.

Untuk keterangan lanjut berkaitan Tips Penyusuan, Penyimpanan dan Pemanasan Susu Ibu dan maklumat berkaitan makanan tambahan untuk penyusuan ibu. Anda boleh Hubungi Saya atau Klik Set Penyusuan 3M Shaklee.

















No comments:

Post a Comment